Friday, December 18, 2020

PROJEK MEJA PRINTING BAJU KANAK-KANAK


Hai assalamualaikum. Lama tak bersiaran. Kali ni nak share projek saya buat meja printing untuk tshirt kanak-kanak.


Saya gunakan kaki meja banquete yang dah tak guna. Papan atas tu saya dah siap buka. Ambil kaki saja.


Berikut proses pembuatan meja printing kanak-kanak:


 1) Siapkan barang. Besi hollow 1x1 dan 1x0.5 yang dah siap potong kat kedai, tikar getah, soletip hitam dan tools..



2) Baju mudah koyak kalau terkena bahagian tajam besi. So saya tumpulkan bahagian tajam hujung besi menggunakan grinder mata sander



3) 2 papan platen budak (size baju 1 tahun) disambung dengan besi 1x0.5


4) Siap sambung 12 platen


5) 2 btg besi panjang 1x1 disambung ke kaki meja banquete. Kemudian disambung dengan besi meja platen tadi


6) Ok siap sambung semua.


7) Next step, cabut platten tu untuk spray besi sahaja. Saya gunakan spray Samurai Shining Black.



8) Pasang balik platten tu pada lubang yg dah sedia ada.


9) Ok dah siap bahagian ni.. Pastikan meja platten kiri dan kanan selari sebab keduanya akan menggunakan marking yang sama. Then saya sambung 1 besi panjang 1x0.5 di tengah-tengah untuk marking.


10) Buat lubang dan pacakkan skru panjang sebagai marking. Pastikan ia berada betul-betul di tengah-tengah antara platten kiri dan kanan.



11) Ok nampak kan skru tajam pada setiap platten tu terkeluar (gambar atas). So next step potong skru lebihan dan sanding meja bagi smooth.


12) Disebabkan ada bahagian meja yang tak rata dan berlubang, saya fill up dengan wood filler. Kemudian saya sapukan table glue di atas permukaan platten yang dah rata tu.



13) Lepas glue kering, lekatkan dengan tikar getah yang siap dipotong then stapler bahagian hujung platten. Bahagian hujung buh soletip hitap untuk tutup bahagian yang dah di stapler


14) Finally siaplah meja printing untuk tshirt kanak-kanak ni.. Alhamdulillah. Puas hati DIY sendiri.


Mudahlah kerja-kerja mencetak tshirt kanak-kanak lepas ni.. Jom test print.


Cantik kannn.. Alhamdulillah. Tu sahaja entri kali ni..

TUAN PUAN YANG NAK TEMPAH TSHIRT, TERUS WASAP TALIAN 0127009605 ATAU KLIK DI SINI: wasap.my/60127009605/NakOrderBaju

Terima kasih sudi baca..


No comments:

Post a Comment