CARA ORDER

Disebabkan ada customer yang xtau macam mana cara nak order, so kat bawah ni kitorang bagi step-by-step cara lengkap proses order tshirt kat sini dari mula sampai siap.

Korang follow jer ok..

First of all, mestilah korang kena whatsapp kami dulu di 0127009605 (Syahrun) atau klik je kat sini..
Nak PM kat page pon boleh xda masalah..


Lepas tu ikuti langkah berikut:

1) Korang akan diberi katalog baju dan design based on aktiviti yang korang nak buat. Korang hanya perlu pilih jenis baju sama ada baju roundneck plain, baju pattern, shortsleeve, longsleeve, kids, baju muslimah, kain cotton, jersey atau polo. Lepastu pilih design yang korang nak. Kalau ada design sendiri pon boleh asal ada softcopy yang sesuai untuk proses printing nanti.

2) Kemudian korang bagi kuantiti sebenar/ anggaran. Ini bagi memudahkan kitorang sebut harga sbb makin banyak korang tempah, makin murah dan jimat. Beri juga size untuk kitorang cek stock kat supplier sama ada size yg korang nak tu full stock atau sebaliknya.

3) Seterusnya kami akan sebut harga tshirt siap dengan cop sekali. Kalau korang nak pos, kitorang akan caj untuk pos (biasanya x mahal pon). Dan jika setuju dengan sebut harga, korang akan bayar deposit dulu je untuk confirm order. Kat sini boleh lah korang runding harga ya spy win-win situation.

4) Lepas dah confirm order, kitorang akan laksanakan kerja. Draft baju akan diberi dalam masa 1-3 hari (proses printing termasuk draft dalam masa 5 hari bekerja jer). Masa ni korang akan dapat tengok gambaran sebenar baju yang akan dibuat. Masa ni lah kitorang akan adjust design ikut kehendak korang.

5) Proses printing dalam masa 5 hari bekerja lepas hari deposit dibuat. Cthnya korang order hari Ahad 1 Ogos 2017. So Jumaat 6 Ogos 2017 dah siap insyaAllah. Peringatan jugak, kalau korang nak order baju dalam kuantiti banyak, kena order awal lah yer sbb mungkin masa akan drag 1-2 hari utk disiapkan.

6) Baju siap! Time ni customer selalu teruja lepas kitorang bagi gambar baju yg dah siap. Huhu. Ok giliran anda pulak untuk buat bayaran baki. Lepas setel full payment then kitorang akan pos atau korang nak cod pon boleh maa..

Simple je kan? Jangan susah-susah nak cari baju kosong dan design sendiri sebab semua kita dah sediakan.

Ok jumpa korang kat Whatsapp yaa..


No comments:

Post a Comment