Tuesday, January 7, 2020

TEMPAH TSHIRT BISNES | FARM FRESH (REPEAT ORDER)

Bismillah. Assalamualaikum sahabat semua.

Alhamdulillah kita dah memasuki tahun baru 2020. Permulaan tahun baru perlu diiringi dengan permulaan semangat dan tekad yang baru. Saya doakan apa jua yang anda lakukan, akan semakin maju dan berjaya in syaa Allah.

Beberapa hari lepas siap satu tempahan untuk Tshirt Farm Fresh. Tempahan ni lanjutan daripada tempahan bulan Disember tahun lepas.

35 helai dewasa + 2 helai kanak-kanak.

Kebiasaannya pertengahan atau akhir disember, saya akan balik kampung dalam 10 hari macam tu (lepas rindu kat mak ayah 😥). Jadi pelanggan akan dimaklumkan lebih awal yang tempahannya akan mengalami sedikit kelewatan. Termasuklah tempahan tshirt Farm Fresh ni. Tapi pelanggan setuju katanya takda masalah.

Okay, untuk tshirt Farm Fresh ni sebenarnya ia adalah repeat order. Order pertama tahun 2018 tak silap saya.

Masih menggunakan design yang sama. So saya hanya perlu belek-belek file lama pelanggan. Untuk pengetahuan, saya masih simpan design-design tempahan pelanggan sejak bertahun-tahun lepas.

Draft pon tak perlu nak tunjuk lagi, sebab pelanggan takda nak adjust apa-apa pada design. So kita mulakan terus proses printing.

Depan kita ada design 1 warna bersize A3 dan belakang design 1 warna bersize lebih kurang A5.

Jom layan gambar kat bawah...







Alhamdulillah, selesai sudah. Barang pon dah selamat sampai ke rumah pelanggan. Harapnya dia berpuas hati dengan hasil kerja saya.

Sentiasa mengharapkan feedback pelanggan dari semasa ke semasa sebab ia selalu beri semangat kepada saya untuk beri servis yang lebih baik lagi.

*Feedback sejak beberapa tahun lepas, sebahagianny saya muatkan dalam entri ni (klik sini: https://madanicetakbajuonline.blogspot.com/p/testimoni.html?m=1)

Sekadar itu sahaja sharing saya kali ni. Terima kasih kerana sudi baca.

Sebarang tempahan dan pertanyaan, whatsapp ke 0127009605 atau klik saja link ini: wasap.my/60127009605

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest

    )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete