Saturday, October 28, 2017

TSHIRT HARI MALAYSIA 2017 (THM'17)

Hai Assalamu'alaikum sahabat2. Sebulan dua yang busy. Jadi tertinggal update blog.

Saya harap korang semua sihat2 selalu okay =)

Pada bulan September lepas, saya ada buat kempen Jualan Tshirt HARI MALAYSIA 2017 (THM'17) sempena tanggal 16 September.

Ini bukanlah jualan amal, tapi saya namakannya : JUALAN KONGSI REZEKI. Kenapa?

Sebab kempen kami ini bukan semata-mata mengaut keuntungan sendiri, tapi customer juga boleh untung. Caranya??

Kena tolong saya jual THM'17. Syaratnya sangat mudah, hanya perlu promote atleast 6 orang sahaja. Senangkan?

Korang dapat untung macam mana?

Untung ikut berapa helai korang dapat. Untung per helai adalah RM5. Sikit?? Banyakk tu. Korang tak perlu yuran, tak perlu modal, tak perlu apa2 lah. Just promote je. Hehe

So kalau korang dapat hanya 6 orang, untung RM30 lah. Untung Bersih yaaa bukan main2. Hehe

Ok nak belanja gambar sikit masa mula2 saya kempen..

Iklan Pertama THM'17
Masa saya buat iklan kat atas ni, niat dalam hati,"ala buat saja2 jela ni, kalau ada rezeki ada. Kalau sikit pon alhamdulillah".

Tapi korang guest what.. Alhamdulillah saya baru launching lebih kurang seminggu dan kita dapat tempahan sebanyak 172 helai uollsss. Syukur tak terkata.

Ramai yang jadi agent dapat untung ratus2 tau. Tak buat apa pon, just hantar gambar iklan kat kengkawan n family dalam group wasap and so on. Tu jee..

So lepas pre order tamat, proses printing pon bermula.

Saya belanja gambar printing process okayy..

Belakang

Depan
Okay nak sambung cerita pasal untung secara ringkas. Kalau korang dapat:

6 helai UNTUNG RM30
10 helai UNTUNG RM50
20 helai UNTUNG RM100
30 helai UNTUNG RM150
60 helai UNTUNG RM300

Advantage bagi yang kerja makan gaji, pelajar2, geng2 motor ke kereta ke. Korang suggest je ngan kawan korang yang beratus atau berpuluh2 orang tu. InsyaAllah senang jual..

Okayyy lepas dapat 172 helai tu, saya pon terfikir why not saya bagi peluang kedua pada orang yg nak jadi agent, tapi tak sempat n macam2 alasan lagi..

So saya plan buat SECOND BATCH tempahan THM'17 nii..

Oleh kerana baju dah ada print untuk diri sendiri, so saya jugaklah yang jadi model sendiri. Hehehe nak upah artis tak mampuuu..

Tshirt Hari Malaysia 2017
Model diri sendiri ajee ehhehe





Ok BATCH KEDUA ni saya dapat temnpahan dalam 80 helai tak silap. Seminggu je pre order saya buat. Tu pon dah alhamdulillah senyum sampai ke telinga..

Mana taknya, agent2 dapat buat duit melalui kempen TSHIRT HARI MALAYSIA 2017 yang saya buat nii.

Saya belanja sikit ya gambar2 customer kat bawah..




Okayy tu saja perkongsian setakat ini..

Yang nak order tshirt tu jangan segan silu okayy. Ikut je instruction kay gambar bawah nii..



No comments:

Post a Comment