Wednesday, November 13, 2019

TEMPAH TSHIRT PROGRAM | TRICKY MATH COACH SAM

Bismillah.

Entri kali ni saya nak share tentang JOB SUPERB URGENT dari Pasir Gudang, Johor.

Sebelum tu marilah kita saling ingat mengingati antara kita tentang satu perkara yang selalu kita lupa, iaitu untuk bersyukur dengan sebenar-benar syukur.

Bersyukur yang sebenarnya, bukanlah sekadar memuji Allah dengan ucapan alhamdulillah sahaja. Tapi kita menggunakan nikmat pemberian Allah dengan sebaik-baiknya.

Dua nikmat yang selalu kita lupa adalah nikmat sihat dan masa lapang. Nabi S.A.W pon dah pesan.

Jadi bagaimana cara kita benar-benar bersyukur dengan keduanya adalah dengan menghasilkan amal soleh dari kesihatan tubuh kita dan memenuhi masa lapang dengan perkara yang berfaedah, bukan perkara sia-sia apatah lagi maksiat.

Ingat! Setiap saat hidup kita akan dibentangkan di akhirat kelak. Cukup sekadar itu untuk ingatan diri sendiri terutamanya.

Baik, berbalik kepada main point entri kali ni. Tempahan kali ni adalah daripada pelanggan baru, Cik Diana namanya.

Ceritanya, Jumaat 8 Nov beliau wasap nak tanya itu dan ini. Katanya tshirt nak pakai urgent, 15hb iaitu hari Jumaat depannya.

Agak urgent lah sebabnya saya kena tempah baju dari supplier dulu. Supplier hantar kepada saya pon makan masa sehari dua. Lepas tu nak kira masa printing dan nak pos kepada Cik Diana tu makan masa sehari dua juga.

Kalau ikutkan tak sempat, tapi fikir punya fikir, takpalah, saya cuba sedaya mungkin. Saya kena drive sendiri collect baju dari supplier walaupun agak jauh perjalanannya.

Ringkas cerita, Isnin 11 Nov beliau terus bayar full payment. So saya proceed terus ordernya.

Ohh sebelum tu, ada masalah sikit berkenaan stok baju dari supplier. Baju yang beliau request warna royal blue, ada size yang tak cukup.

Bincang punya bincang, beliau kata mana size yang takda stock, tukar kepada warna merah.

Alhamdulillah, senang kerja.

Untuk pelanggan yang order urgent, kena tahu yang saya perlukan kerjasama sepenuhnya dari segi stock baju dan payment segera.

Kalau stock baju tak cukup, jangan demand sangat nak jugak satu-satu warna baju tu. Kalau demand sangat memang saya tak dapat nak bantu. Jadilah macam Cik Diana ni, beliau mudahkan kerja saya, saya pon dapat bantu beliau.

Kalau nak demand satu-satu warna baju tu, boleh ja tapi pastikan tempah awal, sebab kita boleh estimate masa untuk stock baju baru yang nak masuk pada masa akan datang.

Okay, sambung balik, lepas payment dibuat, saya terus ambil stock dan mula design draft:

Draft Tshirt Tricky Math

Beliau pon setuju dengan draft. Cuba tengok pada draft, design untuk longsleeve tu akan diletakkan di bawah sebelah kiri supaya design tak tertutup dengan tudung.

Kemudian Selasa 12 Nov kerja-kerja mencetak pon bermula. Saya ada kongsi proses cetak di channel youtube saya. [Klik sini].

Jangan lupa like, comment dan subscibe sekali ya..

Okay, gambar-gambar printing saya kongsikan di bawah. Layan...

Tshirt kids warna merah 

Tshirt kids warna royal blue

Tshirt dewasa shortsleeve dan longsleeve warna royal blue

Jom kita zoom in sikit..

Merah + putih

Biru + putih
Okay jom tengok kedudukan design untuk baju wanita..

Design di bawah sebelah kiri untuk baju wanita

Jadi tak perlulah kakak-kakak semua selak tudung lagi untuk tayang design. Bila photoshoot, semua nampak sopan saja kan..

Ok dah siap semua 60 helai, masa untuk packing cantik-cantik supaya sejuk mata pelanggan lepas baju sampai.

Semua packing dalam plastik jernih satu-satu

Ok dah ready untuk pos!

Sambung cerita tadi, Isnin 11 Nov beliau payment, esoknya Selasa terus saya pos. Saya guna Citylink. Agak murah sebab saya dah registered company dengan mereka. So Tuan Puan tak perlu risau. Below 10kg, kos pos hanya RM15 untuk semenanjung.

Jimat masa dan duit minyak kalau nak datang collect sendiri. Kan...

Ok. Nak tahu berapa lama masa diambil untuk sampai pada tangan Cik Diana tu?
.
.
..
...
....
..... 
...
..
.
.
1 HARI JA DAH SAMPAI PASIR GUDANG!

Alhamdulillah. 

Terima kasih banyak-banyak abang Citylink. Mudahkan urusan kami. Pelanggan pon happy.

Apa kata beliau?

12 Nov pos, 13 Nov sampai :)

Alhamdulillah. Lepas saya serve yang terbaik untuk Cik Diana, beliau pon repeat order lagi. Ni tengah tunggu Gdex datang hantar 52 helai lagi tempahan beliau.

Kena sampai pada Jumaat ni. So saya akan guna bas..

Rasa panjang pula entri kali ni ya.. Huhu..

Kadang mula-mula nak menulis tu rasa malas, lepas dah start, susah pula nak berhenti..

Ok takpa stop dulu..

Tuan Puan Abang Akak yang nak order, nak tanya ke, terus klik wasap.my/60127009605 atau whatsapp 0127009605 manually.

Kita jumpa dalam whatsapp ya..

Terima kasih.

Wassalam..



Tuesday, November 5, 2019

TEMPAH TSHIRT TEAM | TSHIRT HAPPY NEW YEAR 2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas nikmat kurniaNya kepada kita selama ini.

Sebelum saya berkongsi job kali ini, marilah kita sama-sama ingat beberapa perkara tentang matlamat akhir pekerjaan kita.

Apa jua pekerjaan yang saya dan anda lakukan, wajar untuk kita sama-sama pasakkan matlamat akhir agar kita merasakan segala yang kita kerjakan adalah ibadah kepada Allah, bukan untuk dunia semata-mata.

Untuk ingatan diri saya sendiri (dan mungkin anda juga boleh relatekan dengan kerja masing-masing), matlamat akhir bagi perniagaan cetak tshirt ini adalah untuk mendapatkan redha Allah. Agar Allah suka saya.

Untuk Allah redha hendaklah saya taat pada perintahNya.

Antara perintahnya adalah untuk memberi makan anak isteri dengan rezeki yang halal, membayar segala keperluan dan hutang piutang.

Untuk itu perniagaan ini, dengan izinNya, membantu saya untuk memenuhi perintahNya agar matlamat akhir untuk mendapatkan keredhaanNya akan tercapai.

Ok cukup sampai situ. Entri kali ini saya nak share satu job yang baru sahaja siap.

Tempahan kali ini datangnya daripada pelanggan setia kami, Cik Munira. Beliau kalau sekali kutip order memang banyak. Kali ini 52 helai jumlahnya.

Beliau kerja di sebuah kilang. Barangkali kutipan ordernya juga dari rakan-rakannya di kilang tersebut.

Boleh jadi beliau jual kepada pelanggannya dengan harga yang sedikit tinggi berbanding harga yang saya beri kepadanya. Cara macam ni ramai orang buat untuk dapatkan side-income dengan cara yang mudah tapi halal. Ala-ala dropship gitu.

Tujuan saya reveal sikit pekerjaan beliau sebab nak bagitahu anda, kalau anda duduk dalam sesebuah organisasi, anda juga ada peluang untuk buat side-income macam beliau. Rakan-rakan anda berpotensi untuk jadi pelanggan anda.

Ok berbalik pada job tadi, tshirt Happy New Year 2020 ini agak special sikit sebab dia menggabungkan dua teknik iaitu silkscreen printing dan heatpress.

Draft akan diberi sebelum proses printing

Gambar kat atas ni anda boleh tengok, di belakang baju saya gunakan teknik silkscreen printing (boleh tengok videonya - klik sini), dan di depan pula adalah teknik heatpress.

Kenapa kena guna heatpress?

Sebab design depan itu banyak warna dan ada gradient color, jadi lebih sesuai untuk gunakan heatpress bagi mendapatkan warna dan design yang sharp seperti dalam draft.

Setelah draft dipersetujui, proses-proses printing dan heatpress pon dilaksanakan.

Video cetakan tshirt, anda boleh tengok di youtube channel saya [klik sini] Jangan lupa subscribe dan like sekali ya. Hihi.

Selingan bersama Nur Sofiyyah Humaira.. Hihi

Cetakan belakang satu warna dengan teknik silkscreen printing

Zoom in. Warna putih yang solid dengan 3 layer printing

Selesai heatpress printable pada tshirt

Zoom in

Alhamdulillah selesai sudah proses tersebut. Seterusnya saya akan packing cantik-cantik supaya sampai kepada Cik Munira dalam keadaan yang sedap mata memandang.

Packaging dengan transparent plastic bag

Baik, itu sahaja perkongsian kali ini. Suka saya nak bagitau anda, kalau nak order jangan segan silu wasap saja. Sikit saya terima dengan minimum lima helai, banyak lagi saya alu-alukan.

24 jam boleh wasap saya. Klik link ni wasap.my/60127009605.

Jom cetak tshirt anda di sini

Jumpa dalam whatsapp ya.

Terima kasih, wassalam.