Thursday, October 31, 2019

TEMPAH TSHIRT FAMILY DAY | TOK BEDAH & HAMID LEGACY

Bismillah.

Assalamu'alaikum, salam sejahtera sahabat semua.

Entri kali ni saya nak share tempahan tshirt FAMILY DAY pelanggan daripada Bayan Lepas. En. Zul namanya.

Tak jauh daripada bengkel printing saya di Balik Pulau.

Mulanya, En. Zul hanya bertanya. Lepas setuju dan bagi size semua, terus transfer. Tak jumpa pon walaupun dekat. Design semua diserahkan kepada saya utk proses editing dan finalizing.

Macam biasa, keputusan pelanggan amat penting supaya tak terjadi kes 'order lain dapat lain'.

Jadi saya akan bagi draft dulu.


Draft akan diberi dahulu untuk persetujuan pelanggan

Tanpa banyak cerita, beliau pon setuju dengan draft.

Mudah urusan saya untuk meneruskan proses cetakan pada baju pulak.

Saya ada sediakan video proses cetakan, boleh tengok di youtube channel saya. [klik sini]

Kalau tengok video tu, anda akan nampak saya print sebanyak 3 layer. Itulah kebiasaan kerja saya.

Sebabnya adalah untuk pastikan pelanggan dapat hasil cetakan yang terbaik, solid dan terang.

Baik, bawah ni adalah gambar-gambar seputar proses menyiapkan tempahan En. Zul ini.

Me

Design depan tshirt

Size A3

Tshirt kids umur 1-14 tahun available

Design belakang

Size A4

Selesai tugasan mencetak, berpindah kepada proses packaging pula tapi lupa nak snap gambar.

Bagi anda yang nak buat tshirt FAMILY DAY juga, cuti sekolah pon tak lama lagi kan, jadi eloklah tempah awal-awal. Saya pon tak kalut nanti.

Apa-apa pertanyaan boleh whatsapp 0127009605 atau klik wasap.my/60127009605




Sampai berjumpa lagi.

Wassalam.

Tuesday, October 22, 2019

TEMPAH TSHIRT AKTIVITI | TSHIRT BOWLING

Bismillah..

Alhamdulillah beberapa hari lepas dapat siapkan tempahan.

Tak banyak, cuma lima helai je.

'Lima helai pon ambil ke?'

Ya ambil. Takda masalah. Minimum order pon memang lima helai.

Pelanggan kali ni daripada Pulau Pinang juga. Dah lama dia usha-usha, ni first time dia order. Alhamdulillah.

Sebagai peniaga, kita memang kena banyak sabar dan percaya rezeki Allah tak ke mana kalau dah ditetapkan untuk kita.

Ada pelanggan yang tanya banyak kali, tapi tak order-order. Kita kena sabar. Belum sampai masanya. Think positive!

Okay. Berbalik kepada cerita asal, tempahan ni adalah untuk aktiviti bowling pelanggan. Katanya nak buat sikit dulu untuk contoh.

Macam biasa, sebelum melangkah ke proses cetakan, saya akan bagi draf dulu untuk gambaran awal pelanggan.



Pelanggan memilih warna turquoise beserta cetakan design berwarna hitam. Satu kombinasi yang baik, tidak terlalu kelam dan tidak terlalu kontra dengan warna baju.

Tanpa banyak cerita, pelanggan setuju dengan design tersebut. Maka persiapan blok printing pon dibuat.

Akhirnya siap alhamdulillah...







Kepada anda yang nak buat tshirt, lima helai pon saya terima.

Terus wasap ya 0127009605 atau klik wasap.my/60127009605

Sampai bertemu lagi di wasap ja :)

Wassalam.



Saturday, October 19, 2019

TEMPAH TSHIRT KELAB | TSHIRT FIT LADY

Bismillah..

Assalamu'alaikum, salam sejahtera.


Beberapa hari lepas siap satu lagi tempahan. Sama macam tempahan sebelum ni..


Banyak warna pilihan pelanggan.


Cuma bezanya pelanggan kali ni nak print design warna putih dan hitam.








Kalau nak tahu, ni pelanggan tetap saya dari Johor. Hampir setiap tahun dia tempah.


Untuk tshirt warna forest green, royal blue, red, purple dan fuschia, saya print design warna putih. Sebab warna ni lebih jelas dan terang.


Tengok gambar kat bawah:



Forest green


Royal blue


Red


Purple

Fuschia

Dan warna tshirt kat bawah pula; yellow, orange, white dan apple green, saya print design warna hitam. Sebab warna putih tak sesuai dan tak berapa nampak kalau diprint pada tshirt yang warnanya cerah.



Yellow

Orange

White

Apple green

Proses untuk printing warna hitam ni lebih mudah dan cepat, tapi kena berhati-hati, kalau tercomot sikit, memang susah nak cover. Silap hari bulan, kena ganti baju pelanggan.

So far setakat ni, alhamdulillah takda complain mengenainya, dan saya assume pelanggan berpuas hati.

Ok yang bawah ni pula special request dari pelanggan, dia minta print nama di lengan dan bawah baju, untuk 4 helai sahaja. Khas untuk baju coach.


Nama di lengan

Nama di bawah baju

Lepas selesai print, kita packing cantik-cantik pulak sebelum sampai ke tangan pelanggan.



Kesemua 54 helai telah pun selesai. Alhamdulillah..

Untuk postage, saya gunakan servis Citylink. Murah dan cepat.

Terima kasih pada Cik Yati yang order baju ni. Sentiasa percayakan servis saya setiap tahun.. Syukurr..

Okay..

Sebelum mengakhiri entri ni, untuk anda yang teringiiiinn nak buat tshirt untuk apa-apa jenis event, wasap je saya okay ke nombor 0127009605. Atau klik wasap.my/60127009605



Terima kasih sudi baca..

Wassalam..

Tuesday, October 8, 2019

TEMPAHAN TSHIRT FAMILY DAY

Bismillah..

Alhamdulillah beberapa hari lepas dapat siapkan tempahan tshirt Family Day sebanyak 30 helai.


Uniknya tempahan ni sebab pelanggan request warna tshirt yang berlainan setiap keluarga.






Selain tshirt dewasa macam kat atas, ada juga tshirt kanak² dari umur 1-14 tahun. Jadi tak perlu risau sebab satu family boleh pakai baju sedondon.


Tshirt Budak
Ada yang tanya, harga sama ke macam tu? Ya sama. Janji warna design tu sama sebab proses printing takda bezanya kecuali kalau design warna lain², panjang sikit prosesnya.

Warna yang pelanggan request Maroon, Hitam, Apple Green, Forest Green, Royal Blue, Purple dan Dark Grey.



Purple

Forest Green


Black


Maroon


Royal Blue


Aplle Green

Dark Grey

Dalam banyak² warna ni, dark grey saja yang macam lain sikit sbb bajunya ada vintage. Blh zoom gambar kat atas. Kalau warna lain tu dia plain saja.

Berapa harga kalau nak tempah macam ni?


Percaya atau tak, harga hanya RM13 saja siap tshirt untuk order macam ni.. In syaa Allah murah dan berbaloi.


Style saya printing akan bagi warna sharp seboleh-bolehnya, kadang saya buat 3 layer, kadang 4 layer. Punyalah nak bagi pelanggan puas hati.


Rugi modal dye sikit takpa janji pelanggan puas hati dan repeat order next time. Aamiin.


Urusan pos pon tak perlu risau, Citylink kan ada. Hanya RM15 lori Citylink akan terpacak depan rumah anda untuk serahan barang. Hihi.


Itu saja entri untuk kali ini.


Ohh ya dah baca ni mesti nak order kan. Senang ja, klik wasap.my/60127009605


Kita jumpa dalam wasap okay..


Wassalam..