Saturday, May 18, 2019

JOM TEMPAH TSHIRT PROGRAM MEI 2019 | TSHIRT CSR POLITEKNIK BALIK PULAU

Assalamualaikum bertemu kembali kita pada entri kali ni. Agak lama tak update sebab kekangan masa.

Entri kali ni saya nak share satu job terbaru daripada Politeknik Balik Pulau. Ini tshirt program mereka.

Sebelum tu, korang kalau nak buat tshirt program atau apa-apa event, boleh wasap terus saya ya.

Untuk tempahan/ pertanyaan, wasap 0127009605 atau klik wasap.my/60127009605

Mulanya customer ni dah wasap saya pada 9 Mei lagi. Dia kata nak tempah baju, tapi deposit akan dibayar lambat sikit. Mungkin sebab belum collect duit.

So pada 13 Mei baru deposit dibayar. Tujuan saya ambil deposit ni sebab nak dapatkan confirmation dari customer.

Yelah kan, kalau tak ambil deposit, buatnya saya dah beli baju semuanya, tiba-tiba customer nak cancel, rugilah saya. Huhu

Ok 13 Mei (Isnin) confirm order, customer nak siap pada 16 Mei (Khamis) so saya ada masa kurang 4 hari nak siapkan baju ni.

Agak urgent-lah. Tapi its okay. Sebab design yang customer nak ni taklah susah sangat nak print dan yang paling penting, customer boleh collect baju sendiri. Tak perlu pos.

Kalau pos, memang tak sempat sebab penghantaran biasanya amek masa 2-3 hari bekerja.

So kalau korang duduk luar Penang, kena order awal sikit lah ya sebab nak kena pos lagi. Ini sangat penting bagi mengelakkan baju delay sampai kat korang.

Okay, untuk design, customer dah sediakan design siap-siap. Mudah sikit kerja saya. Korang boleh bagi design korang, tapi dengan syarat design tu mesti berukuran sekurang-kurangnya size A4, berwarna hitam putih dan tak blur/pecah bila zoom in.

Nak bagi file jpeg pon okay.

Bawah ni contoh design yang customer nak beserta file jpeg yang dia dah emailkan.

Draft
Design depan (atas)

Design depan (bawah)

Kalau korang nak bagi design, ikut contoh design kat atas ni yang warna hitam putih. Kalau design korang colourful, boleh bagi design dalam bentuk warna.


Jangan hantar design guna wasap pulak, sebab wasap akan compress size image yang korang bagi jadi kecil.

Orait, dari segi warna tshirt, customer request tshirt plain sahaja tapi 2 warna berlainan iaitu red dan dark melange.

Contoh warna baju pilihan customer

Lepas semua dah confirm, saya pon mulakan gerak kerja untuk cetak tshirt customer ni. Duration printing lebih kurang 3 jam lah..

Gambar proses printing kat bawah.






Lepas siap printing semuanya, saya packing cantik-cantik sebelum customer datang collect dan buat pembayaran baki.

Mudah kan nak order tshirt? Saya harap korang yang nak order tshirt jangan risau bila order dengan saya.

Ketepatan masa dan kualiti kerja terjamin insyaAllah.

Korang boleh tengok feedback customer ni sehari lepas dia collect baju.

Testimoni customer tshirt program CSR Politeknik Balik Pulau

Customer happy, say lagi happy 😊


Okay itu saha entri kali ni. So korang yang dah tak sabar-sabar nak tempah baju tu, wasap saya ya.

Untuk tempahan/ pertanyaan, wasap 0127009605 atau klik wasap.my/60127009605


Thursday, May 2, 2019

BELAJAR CARA CETAK TSHIRT (PART 1): CARA LENGKAP DAN MUDAH BUAT BLOCK PRINTING SILK SCREEN


Salam. Posting kali ni saya nak share tentang cara buat block silk screen printing (part 1).

Bagi yang masih beginner dan masih baru nak belajar cara-cara cetak tshirt, proses membuat block printing ini adalah step pertama yang wajib anda mahir sebelum masuk ke proses mencetak tshirt.

Saya terangkan cara mudah faham tentang apa itu block printing? Block printing adalah satu acuan yang dibuat mengikut bentuk design yang kita nak sebelum proses mencetak tshirt dilakukan.

Saya bagi analogi untuk lebih mudah faham, kalau kita nak buat kuih, kita kena ada acuannya dalam bentuk tertentu. Kalau seorang tailor nak buat baju kurung, ada acuannya dalam bentuk pola. Begitu juga kalau seorang printer tshirt nak cetak design pada baju, ada juga acuannya dalam bentuk block printing.

Berikut 3 langkah utama nak buat block printing:

1) Penyediaan frame block printing
2) Proses expose block
3) Proses cuci photoemulsion

Saya akan terangkan step by step seperti berikut:

1) Penyediaan Frame Block Printing

Step ini hanya untuk anda yang belum ada frame block printing sendiri.

Anda boleh memilih sama ada nak beli terus dari supplier, atau buat sendiri. Kalau nak beli, harga berbeza ikut ukuran dan material frame block printing itu.

Tapi kalau nak buat sendiri, anda boleh pilih sama ada nak buat block printing guna aluminium ataupon yang lebih mudah guna kayu sahaja macam yang saya guna sejak bertahun-tahun lalu sehingga kini.

Kalau guna aluminium agak leceh sedikit sebab nak kena guna gam, strecher dan connector L serta marking besi. Strecher tu pon harga lebih kurang RM250 juga.

So saya terangkan cara penyediaan blok kayu sahaja ya supaya lebih mudah dibuat dan lebih jimat.

Bahan-bahan yang perlu ada:

- Kayu tegak berukuran 18" x 2pcs

- Kayu tegak berukuran 24" x 2pcs (sebenarnya ukuran kayu ni subjektif, ikut pada berapa besarnya meja printing anda)

- Kain Mesh (800 / 1000 / 1200) : Makin besar nombor makin halus lubang kain mesh, untuk newbies saya saran ambil mesh 800 sahaja dulu untuk mengelakkan block cepat tersumbat

- Stepler gun

- Tukul besi

- Paku (size ikut ketebalan kayu)

Langkah pertama: Buat frame segi empat menggunakan 4 batang kayu tadi. Sambungkannya menggunakan paku. Pastikan paku yang digunakan bersesuaian. Jika paku tidak sesuai atau terlalu besar, ia akan membuatkan kayu tersebut pecah semasa diketuk.

Langkah kedua: Pasang mesh pada frame itu. Buat dengan berhati-hati dan teliti. Mula-mula steplerkan mesh pada salah satu bahagian frame itu, pastikan mesh betul-betul tegang dan tidak berkedut. Kemudian stepler pada bahagian lain pula sehingga selesai.

Langkah ketiga: Buat marking pada salah satu kayu yang berukuran 18" tadi. Marking seelok-eloknya terletak betul-betul di tengah-tengah kayu seperti gambar di bawah. Kemudian ketukkan paku pada kayu tersebut. Marking ini bertujuan untuk mengekalkan kedudukan block printing semasa proses cetak baju dilakukan.

Step penyediaan frame block printing sudah pon selesai, kini anda ada sebuah frame block printing sendiri. Kalau nak buat lagi banyak, lagi baik kerana lebih memudahkan kerja-kerja akan datang.

2) Proses Expose Block

Secara ringkasnya proses ini bertujuan untuk menghasilkan acuan bentuk design pada block printing anda atau lebih tepat lagi pada kain mesh itu.

Jadi bahan yang diperlukan adalah:

- Photoemulsion: Ia adalah sejenis bahan kimia berbentuk cecair yang akan mengeras apabila terdedah kepada cahaya dalam tempoh masa tertentu.

Biasanya ada tiga jenis photoemulsion mengikut warna iaitu:

Warna ungu: Photoemulsion jenis ini biasanya dijual dalam bekas transparent kerana ia belum lagi dicampur dengan sensitizer. Sensitizer inilah yang akan membuatkan photoemulsion itu mengeras jika terdedah kepada cahaya. Jadi jika anda beli photoemulsion jenis ini, perlu beli sensitizer sekali.

Warna magenta: Photoemulsion ini dijual dalam bekas berwarna hitam untuk mengelakkan terdedah kepada cahaya yang akan membuatkannya keras. Ia dah siap dibancuh dengan sensitizer. Jadi tak perlu beli sensitizer lagi. Photoemulsion jenis ini yang akan saya gunakan untuk entri kali ini.

Warna biru: Photoemulsion ini hampir sama seperti yang warna magenta cuma ianya untuk printing yang menggunakan plastisol. Saya tak mahu bahas panjang mengenainya. Cukuplah anda tahu yang penting sahaja.

- 5 batang lampu kalimantang pendek jenis biasa (bukan jenis led ya): Pastikan lampu ini dah siap wiring dengan plug ya.

- 1 pc cermin ukuran 27'' x 23"

- kaki cermin: ikut kreativiti anda. Yang penting cermin ini akan berada 3 inci di atas lampu tadi

- kain berwarna hitam ukuran sebesar frame block printing

- papan yang rata berukuran 16" x 24'' (ukuran ni subjektif, ikut ukuran dalam frame block anda)

- pemberat tak kisah nak guna apa-apa yang berat. Kalau saya saya gunakan dumbel.

- tracing paper yang telah diprint design yang dikehendaki padanya. Sebaik-baiknya gunakan printer yang ink nya betul-betul hitam. Saya menggunakan printer laserjet mono jenama HP.

Okay bahan-bahan telah tersedia. Jom kita expose block. Ikuti langkah-langkah expose block di bawah. Opsss sebelum tu pastikan langkah-langkah dalam proses expose block ini dibuat dalam tempat yang tidak terlalu terang untuk mengelakkan photoemulsion keras sebelum diexpose.

Langkah pertama: Tuang photoemulsion secara rata pada hujung mesh, buat dengan berhati-hati agar photoemulsion tidak tumpah dan tidak terlalu tebal. Kemudian ratakan photoemulsion tersebut ke seluruh mesh dengan menggunakan kad/pembaris atau apa-apa yang rata.

Langkah kedua: Keringkan photoemulsion. Boleh gunakan kipas ataupun hair dryer.

Langkah ketiga: Tampalkan tracing paper yang sudah diprint design itu pada bahagian luar mesh. Design jangan terbalik pula ya masa marking design pada baju tu.

Langkah keempat: Letakkan frame block printing di atas cermin.

Langkah kelima: Letakkan kain hitam di bahagian dalam mesh.

Langkah keenam: Letakkan papan rata di atas kain hitam.

Langkah ketujuh: Letakkan pemberat agar mesh betul-betul rapat dengan cermin.

Langkah kelapan: Nyalakan lampu dan biarkan selama 4 minit.

Setelah selesai, tutup lampu, tanggalkan tracing paper daripada mesh dan bawa block printing ke tempat cucian untuk proses selanjutnya.

3) Proses Cuci Photoemulsion

Mencuci photoemulsion pada block printing yang sudah diexpose bertujuan untuk menanggalkan photoemulsion yang tidak terkena cahaya semasa proses expose.

Senang kata,  photoemulsion yang terkena cahaya akan menjadi keras, manakala photoemulsion yang terlindung dengan design pada tracing paper akan tertanggal apabila dicuci.

Ini akan menghasilkan bentuk acuan design yang kita mahukan.

Jom ikuti langkah mencuci photoemulsion di bawah:

Langkah pertama: Basuhkan permukaan dalam dan luar photoemulsion selama 1-3 minit. Anda boleh juga rendam block printing dalam 1 takungan air yang bersih.

Langkah kedua: Setelah kesan-kesan design timbul, gosokkan design itu dengan lembut. Boleh menggunakan tangan atau kain lembut. Elakkan menggunakan span keras yang berisiko merosakkan permukaan photoemulsion yang lain.

Langkah ketiga: Tembakkan air secara sederhana kuat untuk mengeluarkan photoemulsion yang tidak dikehendaki.

Ulang langkah kedua san ketiga sehingga design pada block printing transparent sepenuhnya.

Langkah keempat: Keringkan block printing yang telah dicuci sempurna. Boleh menggunakan kipas atau sebaik-baiknya hair dryer/ heat gun bagi pengeringan yang lebih cepat dan menyeluruh.

Langkah kelima: Semburkan air bersih secara nipis pada photoemulsion menggunakan spray air. Kemudian lapkan dengan kain sambil tembak dengan hair dryer/ heat gun. Ini bertujuan menghilangkan kesan minyak sensitizer yang akan mengakibatkan block tersumbat semasa proses printing dilakukan.

Langkah keenam: Soletip bahagian dalam block printing, iaitu pada bahagian yang tidak disaluti photoemulsion (bukan bahagian design ya). Juga soletip bahagian luar block printing sekiranya ada lubang-lubang halus pada bahagian photoemulsion. Langkah ini penting bagi mengelakkan dye terkeluar pada bahagian yang tidak diingini.

Okay dah selesai entri kali ini cara lengkap dan mudah membuat block printing silk screen.

Kalau anda nak tengok video praktikal, saya ada muatnaik tutorial dalam youtube (please subscribe channel saya juga ya).

Klik link ini: https://youtu.be/bAmLH56DsUo

Selamat mencuba 😊